Sabtu, 09 April 2011

kumpulan pantun

Sungguh indah pintu dipahat Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat Taat selalu perintah Tuhan Halia ini tanam-tanaman Ke barat juga akan rebahnya Dunia ini pinjam-pinjaman Ke akhirat juga akan sudahnya Redup bulan nampak nak hujan Pasang pelita sampai berjelaga Hidup mati di tangan Tuhan Tiada siapa dapat menduga Belatuk di atas dahan Terbang pergi ke lain pokok Hidup mati ditangan Tuhan Kepada Allah kita bermohon Daun tetap di atas dulang Anak udang mati dituba Dalam kitab ada terlarang Perbuatan haram jangan dicuba Terang bulan terang bercahaya Cahaya memancar ke Tanjung Jati Jikalau hendak hidup bahagia Beramal ibadat sebelum mati Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis mayat di pintu kubur Teringat jasad tidak sembahyang Kulit lembu celup samak Mari buat tapak kasut Harta dunia janganlah tamak Kalau mati tidak diikut Banyaklah masa antara masa Tidak seelok masa bersuka Meninggalkan sembahyang jadi biasa Tidak takut api neraka? Dua tiga empat lima Enam tujuh lapan sembilan Kita hidup takkan lama Jangan lupa siapkan bekalan Kalau Tuan pergi ke Kedah Singgah semalam di Kuala Muda Sembahyang itu perintah Tuhan Jika ingkar masuk neraka Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat Pak Kulup anak juragan Mati diracun muntahkan darah Hidup di dunia banyak dugaan Kepada Allah kita berserah Letak bunga di atas dulang Sisipkan daun hiasan tepinya Banyak berdoa selepas sembahyang Mohon diampun dosa di dunia Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti Tinggalkan sembahyang terlalu berani Sepertii tubuhnya takkan mati Sayang-sayang buah kepayang Buah kepayang hendak dimakan Manusia hanya boleh merancang Kuasa Allah menentukan Masa berada di Pulau Jawa Rakan diajak pergi menjala Maha Berkuasa jangan dilupa Kuasa Allah tidak terhingga Nyiur mudah luruh setandan Diambil sebiji lalu dibelah Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah Kemuning di dalam semak Jatuh melayang ke dalam paya Meski ilmu setinggi tegak Tidak sembahyang apa gunanya? Harimau belang turun sekawan Mati ditikam si janda balu Ilmu akhirat tuntutlah tuan Barulah sempurna segala fardu Kera di hutan terlompat- lompat Si pemburu memasang jerat Hina sungguh sifat mengumpat Dilaknat Allah dunia akhirat Anak ayam turun sepuluh Mati seekor tinggal sembilan Bangun pagi sembahyang subuh Minta doa kepada Tuhan Anak ayam turun sembilan Mati seekor tinggal lapan Duduk berdoa kepada Tuhan Minta Allah jalan ketetapan Anak ayam turun lapan Mati seekor tinggal tujuh Duduk berdoa kepada Tuhan Supaya terang jalan bersuluh Anak ayam turunnya lima Mati seekor tinggal empat Turut mengikut alim ulama Supaya betul jalan makrifat Anak ayam turunnya lima Mati seekor tinggal empat Kita hidup mesti beragama Supaya hidup tidaklah sesat Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tengah lorong Kalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung Bulu merak cantik berkaca Gugur sehelai ke dalam baldi Jika tak banyak kitab dibaca Jangan mengaku khatib dan kadi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Arsip Blog